~Selamat Datang ke Alyph Farhan Official Blog~ Blog ini adalah berkenaan dengan diri dan seni saya. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah tiada. Segala hasil seni adalah hak cipta terpelihara. Peace! Enjoy!!

M Y F O L L O W E R

Jumaat, April 01, 2011

REVOLUSI. .

Untuk post kali ni. . aku nak bercerita tentang REVOLUSI art aku. .
dari hari pertama aku blajar sampai skarang. . memang banyak perubahan. .
ART yang aku bakal tunjukkan adalah Vector Graphic. . 

Apa tu Vector Graphic :-
Vector Graphic adalah Pengunaan primitif geometri seperti titik, garis, sudut dan bentuk atau poligon yang semuanya berdasarkan persamaan matematik, untuk mewakili gambar dalam computer grafik.

Nampak tak beberapa menarik kan. . ? biasa ar tu. . kali pertama blajar memang camni rupanya. . kali pertama aku buat art ni rasanya pada tahun 2007, masa tu kalau tak silap aku, aku tgh praktikal. . dah bosan2 aku try la buat sebab bila aku tgk vector art orang lain nampak menarik. . aku pun nak try buat gak. .

Skarang aku nak tunjukkan pula percubaan aku yang seterusnya setelah beberapa bulan aku blajar. . .


Ada perubahan skit dari hasil yang pertama tadi. .aku blajar dan blajar lagi. . banyakkan buat latihan dan inilah hasilnya selepas beberapa bulan kemudian. .

 ni la hasilnya. . ada nampak prubahan besar. .tapi aku still x puas hati. . aku carik lagi tutorial. . aku surf mana2 web yang ada ajar pasal vector art ni. .
penat gak aku nak blajar. . nak putus asa pun ada. . tapi aku kuatkan juga. .
dah akhirnya aku berjaya juga upgrade skill aku dan art aku ni telah bertukar ke vexel art. .

Apa tu Vexel Art. . ?
Vexel adalah perkataan baru untuk bentuk yang sepenuhnya pixel berasaskan seni raster yang meniru paparan visual teknik grafik vektor (garis tajam atau kawasan iaitu warna gradient yang halus datar atau mengisi). perkataan itu sendiri adalah portmanteau berasal dari gabungan daripada "vektor" dan "pixel.". .

Vexel Art ni agak extreme dan memerlukan kesabaran yang sangat2 tinggi. .
mengambil masa yang agak lama tuk disiapkan berbanding Vector Art. .dan inilah hasilnya. . . .


nampak makin menarik kan dari hasil pertama aku. . ? kalau nak buat Vexel Art ni pastikan PC atau Laptop korang berada dalam keadaan terbaek. . sebab kalau nak buat Vexel Art ni perlukan space yang besar. . RAM pun kena atas 1GB. . memang penat dan saket. . tapi berbaloi2. . . hehehe. . tapi aku rase still ada banyak kelemahan yang perlu aku perbaiki. .

ni adalah Vexel Art aku yang terkini "Work in Progress"

Art aku yang sedang dalam pembikinan ni ada prubahan dari yang sebelum ni. . nampak 80% seperti gambar sebenar. . . bila dah siap nanti aku akan update dalam post akan datang. .

Tu saja la REVOLUSI art aku dari Vector kepada Vexel. . Ada salah 1 dari Vexel Art aku kat sini telah mendapat pujian daripada ramai orang dan tu telah membuatkan aku rasa bangga dengan hasil kerja aku. . tak sia2 aku blajar slama 5 tahun. .

~ E N D ~

Tiada ulasan: